26 Februari, 2010

Pengumuman Perubahan Jadual Perlawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli KBU. Berkenaan dengan tajuk diatas, jadual perlawanan KBU yang biasa, iaitu pada hari Khamis telah diubah ke hari Isnin. Oleh yang demikian, buat pertama kalinya, KBU akan mengadakan perlawanan persahabatan pada setiap Hari Isnin. Masanya ialah dari 8pm hingga 10pm.


SEKIAN
-SALAM-

08 Februari, 2010

KBU vs Team Bomba

Pada 4hb Febuari 2010, KBU telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Bomba. Seperti biasa, tempatnya ialah di Padang A, Sport Complex UBD. Perlawanan berlangsung kira - kira pukul 5 petang.

Kedatangan pemain - pemain KBU agak kurang memuaskan sedikit. Tetapi, ribuan terima kasih ditujukan kepada Kirin dan juga Sumbat kerana sudi datang(walaupun durang TP).

Keputusan muktamad bagi perlawanan persahabatan ini ialah 5 - 3(penjaring - penjaring unknown). By the way, pengumuman daripada KBU, untuk dua minggu akan datang, tiada perlawanan persahabatan akan dilangsungkan. ini adalah disebabkan Kejohanan Bolasepak Anjuran PJ.





SEKIAN
-SALAM-

01 Februari, 2010

KBU vs Team Brada c-Pjan

Pada 28th Januari 2010, KBU telah mengadakan perlawanan persahabatan di Padang A, Sport Complex UBD. Perlawanan diadakan pada pukul 4.30pm.

Kedatangan pemain - pemain pada perlawanan persahabatan ini boleh dikatakan memuaskan. But, Tuan Pengerusi cakap "kalau bulih, tingkatkan lagi lah kehadiran pemain - pemain pada masa yang akan datang" (Syed Abdul Mu'iz, 2010). Kepada mahasiswa - mahasiswa UBD yang kan mahu main bula, silakan datang. Masa dan tempat akan dimaklumkan nanti.

Akhirnya, perlawanan persahabatan KBU yang pertama berkesudahan dengan kemenangan bagi KBU dengan jaringan 4-0. Di sini, aku ingin memohon maaf kerana inda ada gambar(kamera lupa membawa).



SEKIAN
-SALAM-